Thursday 1 March 2012

DIGANGGU VOLKWAGON KUNING.


KAJANG, mungkin ramai yang pernah mendengar pelbagai kisah tentang pemandu-pemandu yang penah terserempak dan juga pernah diganggu oleh sebuah kereta volkwagon kuning disepanjang Lebuhraya Utara Selatan?
Ada menceritakan kereta hantu itu tidak mempunyai pemandu. Kereta tersebut akan mengganggu pemandu lain dengan melakukan aksi merbahaya seperti menghimpit kereta lain ke tepi dan sering melakukan berek kecemasan secara tiba-tiba. Kini kisah misteri itu berulang kembali apabila seorang Juruteknik yang berasal dari kajang mendakwa pernah bertembung dengan kereta hantu itu.
Memulakan kisah nya, beberapa tahun yang lalu seorang pemandu pernah mengalami peristiwa itu sewaktu dia menggunakan lebuhraya itu. Dia mendakwa sebelum ini dia memang pernah ada mendengar cerita mengenai sebuah kereta berwarna kuning sering mengganggu pemandu-pemandu dilebuhraya itu, tetapi dia tidak pula menyangka yang dia sendiri bakal menjadi salah seorang mangsa.
Mohd Faiz, 32, adalah seorang Juruteknik disalah sebuah syarikat diKuala Lumpur. Selama ini dia jarang untuk menggunakan lebuhraya itu melainkan jika ada urusan penting sahaja.
"Pada mulanya saya tak mengesyaki apa-apa, tapi setelah saya lihat kereta volkwagon itu tiada pemandu jantung saya terus berdegup kencang" Ujar Faiz ketika diwawancara baru-baru ini.
"Tanpa mengira keselamatan saya pada waktu itu, saya terus memecut dengan niat untuk menjauhkan diri dari kereta hantu itu. Tapi alangkah terkejutnya saya kerana kereta itu dengan tidak semena-mena muncul didepan kereta saya dan yang pelik nya bagaimana kereta itu boleh berada dihadapan saya" Ujar faiz.
Menurut Faiz, kereta itu menghimpit nya sehingga memaksa dia berhenti ditepi lebuhraya itu dan apabila dia berhenti kereta hantu tadi terus hilang dengan sekelip mata. Kejadian itu berlaku ketika dia memandu seorang diri pada jam tiga pagi. Walau bagaimana pun kisah kereta hantu yang sering diheboh-heboh kan itu adalah kisah yang paling popular sewaktu menjelang perayaan kerana ramai yang akan menggunakan lebuhraya itu.

No comments:

Post a Comment