Wednesday 29 February 2012

MAYAT MAT REMPIT TIDAK DITERIMA BUMI.


Kita pernah mendengar cerita mengenai gereja membaptiskan orang Islam dengan alasan untuk membantu mereka dari segi kewangan. Ikuti catatan penulis yang mewawancara seorang yang mempunyai pengalaman mengenai perkara tersebut.
“Kisah ni dah lama beraku. Ini bukan tentang saya. Tapi tentang mendiang rakannya,” kata seorang lelaki yang mahu dikenali sebagai Razak.
Tidak ada sesiapa menjangka perubahan akidah yang berlaku pada arwah, tapi itulah yang menjadi rahsia arwah. Sehinggalah saat dia meninggal ketika ditimpa kemalangan jalanraya.
Menurut cerita Razak, mendiang sama seperti remaja lain waktu itu, cuma dia dibesarkan di dalam keluarga yang miskin. Mendiang juga tidak mempunyai pekerjaan yang tetap kerana kerap kali berhenti kerja. Disebabkan itu poket nya selalu kering dan boleh dikatakan dia seorang yang pemalas.
Razak juga memberitahu dia yang dulunya seorang ‘mat rempit’ kerap kali berlumba dan bertaruh, akibatnya dia selalu dibebani hutang.
Pada malam itu sewaktu dia dan mendiang sedang melepak di salah sebuah kedai mamak di ibu kota, mereka didatangi seorang lelaki cina dan menghulurkan sekeping kad nama yang bertulis “bebas hutang, kami mampu menolong anda. Hubungi…dan disertakan nombor telefon,” jelas Razak. Tapi apa yang memusykilkannya ada lambing salib yang tertera di hujung sebelah atas kad nama itu.
Namun oeln kerana bebanan hutang dan tabiatnya yang suka berjudi secara senyap-senyap dia menghubungi nombor berkenaan. Diceritakan pada keesokkannya dia telah berjumpa lelaki itu seperti yang telah dijanjikan.
Razak tidak pasti apa yang telah berlaku waktu dia pergi berjumpa dengan orang itu. Tapi mungkin kerana bebanan hutang  dia terpengaruh dengan janji manis dan wang ringgit yang ditawarkan. Apa yang Razak pernah tahu mereka ini akan menawarkan wang ringgit kepada sesiapa saja yang menukar agama dan menganut agama mereka.
“Pada pendapat saya, dia mungkin menukar agamanya kerana semata-mata kerana wang,” kata Razak lagi.
“Tiada siapa tahu, malah keluarganya pun tak tahu yang disebalik perlakuan dia yang seperti biasa itu tersembunyi satu rahsia yang cukup keji. Kerana wang dia sanggup menjual agamanya dan melakukan perkara yang dilarang dalam Islam, Iaitu murtad!” ujar Razak sambil menggeleng-gelengkan kepalanya tanda kesal.
Namun bak kata pepatah ‘sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.’
Malam itu seperti biasa dia berlumba haram dan malam tu dia ditimpa kemalangan ngeri, dia bertembung dengan sebuah lori. Kepalanya mengalami kecederaan teruk dan mati di tempat kejadian.


“Itulah nasibnya yang mati dalam keadaan sesat dan mungkin tak pernah sempat bertaubat apatah lagi untuk mengucap,” sambungnya.
Setelah mayatnya dibedah siasat di hospital dan dikafankan, mayatnya dibawa balik kerumah untuk dikebumikan mengikut cara Islam.
“Sewaktu dikebumikan, tiada apa sebarang perkara pelik yang berlaku dan semuanya berjalan lancar. “Kejadian seram hanya berlaku pada sebelah malamnya,” kata Razak lagi.
Dia dikebumikan dikawasan perkuburan di kampung ini. Pernah sekali ada seorang penduduk kampung memberi tahu tentang kejadian dimana dia pernah mendengar suara-suara pelik yang datang dari arah kawasan perkuburan itu. Sebelum ini belum pernah ada sebarang kejadian aneh dan seram yang pernah berlaku.
Menceritakan kembali kejadian itu, dia yang baru pulang dari kerja terdengar jeritan kuat dari kawasan berkenaan.
"Tak lama lepas itu, jeritan itu makin kuat dan seakan-akan hampir dengan saya," kata Razak lagi sambil mengerutkan dahinya.
Panas!! Panas!!
Kata-kata itu masih terngiang-ngiang dimindanya. Sebaik saja sampai dirumah, tiba-tiba bau busuk yang kuat memenuhi ruang udara "hampir termuntah saya," ujarnya.
Suara tadi masih didengarinya, oleh pada mulanya dia cuba untuk buat tak tahu tapi ketakutan masih menyelubunginya. Suara jeritan itu menjerit meminta kuburnya dipindahkan dari kawasan itu. Selang selepas itu tiada lagi kedengaran suara jeritan itu dan suasana kembali sunyi seperti biasa.
"Pada keesokkannya saya mendapati ada beberapa gumpalan tanah kubur yang bertaburan dihadapan pintu rumah," katanya lagi.
"Saya menceritakan pada seorang ustaz yang mengajar dikampung tentang apa yang berlaku. Terfikir juga mungkin ada roh yang baru dikebumikan berada dalam keaadaan tidak tenteram," katanya.
Sewaktu ustaz dan beberapa orang kampung pergi memeriksa kawasan perkuburan itu, mereka mendapati kubur mendiang berada dalam keadaan berlubang besar. Keluarga mendiang segera diberitahu tentang perkara itu dan dengan berat hati mereka mengupah penggali kubur untuk menggali kembali kubur mendiang.
Setelah diselidik baru semua tahu yang arwah pernah menghadiri upacarapembaptisan disebuah gereja diselangor dan terungkailah sebuah rahsia yang mendiang telah menukar agamanya dan menjadi penganut agama kristian.
Demi melakukan perkara yang seharusnya, mayat mendiang diserahkan kepada seorang paderi untuk diuruskan mengikut amalan penganut kristian.
Diakhir perbualan, Razak menasihatkan golongan remaja supaya tidak mementingkan wang dan sanggup menjual agama mereka.
"Wang boleh dicari tapi agama yang diamanahkan janganlah kita perjudikan kerana jika tersesat, diakhirat kelak balasan tuhan amatlah siksa," katanya lagi.
Kedudukan dan nama perlaku telah diubah, tetapi kisah ini adalah benar yang diceritakan oleh saksi.

No comments:

Post a Comment