Tuesday 2 October 2012

BAHANA ILMU KEBAL.


Kisah pengalaman kali ini diceritakan sendiri oleh Ustaz Am yang mengajar kelas agama di Gombak. Dia menceritakan pengalaman nya sewaktu bertugas sebagai seorang pengurus mayat disalah sebuah hospital di Kedah. Sepanjang penglibatan nya meguruskan jenazah dan sudah bermacam-macam perkara pelik dan aneh yang telah dilaluinya, tetapi menurutnya ada suatu kali itu dia telah melalui satu pengalam yang aneh berikutan satu jenazah yang diuruskan nya.
"Waktu itu hati saya mula rungsing kerana mayat yang sedang saya mandikan menyebabkan bulu roma saya tegak dan seram, seluruh badan berasa hangat serta tidak tenteram. Bukanlah keadaan mayat yang cuma separuh sahaja itu yang sebabkan saya rasa seram, tapi ada sesuatu yang lain yang saya rasakan ada bersama-sama kami yang mengganggu kami. Keadaan mayat tersebut memang mengerikan sebab cuma bahagian pinggang kebawah saja yang saya dan kawan-kawan saya uruskan," ujar Ustaz Am memulakan cerita. Katanya mayat yang dalam lingkungan umur 30-an itu dijumpai terapung didalam laut selepas beberapa hari dicampak ke situ. Baunya memang busuk dan walaupun demikian sekali rupa mayat tersebut, namun ia tidak menyeramkannya kerana sudah bermacam-macam mayat yang pernah dia uruskan yang lebih dahsyat dan lebih ngeri daripada itu, akan tetapi mayat yang ini lain macam sedikit.
"Semasa memandikan jenazah itu bulu roma saya terus tegak. Tapi saya uruskan juga sambil membaca ayat-ayat suci al-Quran, khususnya ayat kursi terus saya baca. Berdasarkan pengalaman lepas-lepas, jika begitu perasaan yang saya alami maknanya jenazah yang saya uruskan bukanlah dari kalangan mereka yang dicintai Allah," katanya lagi.
Apabila sudah selesai menguruskannya, mereka menghantar jenazah tersebut ke kawasan perkuburan. "Encik, jangan kebumikan dulu jenazah ini, sehingga saya datang ke sini semula," pesan nya kepada penggali kubur kerana dia tidak dapat turut serta kerana perlu menghantar dahulu juruurus jenazah wanita yang dipanggil untuk menguruskan satu jenazah yang lain.
"Insya-Allah," jawab penggali kubur tersebut.
"Saya tinggalkan dia tanpa memberitahu kepadanya bahawa mayat tersebut bermasalah. Bagi saya ini perkara aib, tak perlulah saya jelaskan kepadanya. Selepas menghantar juruurus jenazah wanita itu, saya balik ke kawasan perkuburan tersebut. Hajatnya untuk sama-sama mengebumikan jenazah berkenaan, namun apaliba tiba dikuburnya saya tengok ia sudah dikebumikan.
"Tak apalah ustaz. Saya dah kebumikan. Dah selesai," kata penggali kubur tersebut.
"Alhamdulillah. Tak apalah, saya balik dulu." kata nya kepada penggali kubur itu.
Menurut nya, apabila masuk sahaja ke dalam kereta dia rasa seperti ada sesuatu yang mengekori. Seolah-olahnya mayat itu ada didalam kereta untuk mengikutnya pulang ke rumah. "Perasaan seram kembali semula dan dengan serba sedikit ilmu yang saya tahu, saya cuba halau ‘benda’ itu. Namun saya tahu saya gagal dan ia mengekori hingga ke rumah kerana pada malam itu saya berperang dengannya.
"Kira-kira pukul 11 malam ketika kami sekeluarga hendak tidur saya mula rasa lain macam. Isteri dan anak saya juga gelisah seperti ada sesuatu yang mengganggu perasaan mereka. Perasaan seram kembali datang dan membuatkan bulu roma saya kembali meremang. Satu demi satu ayat saya baca dan kemudian hembuskan hingga syaitan itu pergi meninggalkan saya. Biasanya saya gunakan surah al-Fatihah, tiga Qul, ayat Qursi, amanarrasul dan satu ayat lain yang terakhir. Alhamdulillah saya berjaya, tapi tidak lama kemudian, gangguan itu datang kembali. Sekali lagi saya bacakan ayat-ayat tertentu dan hembuskan ke arahnya. Untuk sementara waktu ia lari meninggalkan saya," cerita Ustaz Am panjang lebar.
Menurut Ustaz Am, rupa-rupanya gangguan itu cumalah permulaan. "Semakin larut malam tindakannya semakin agresif dan apabila saya mula hendak melelapkan mata, ia kembali semula dan mencucuk tubuh saya. Saya tersentak dan tidak jadi tidur. Saya lihat sekeliling tapi tiada apa yang saya nampak kecuali gelap lantas saya baca ayat-ayat tertentu dan gangguan itu berhenti seketika." ujar nya lagi.
Memikirkan gangguan itu sudah berakhir dia cuba melelapkan mata. Namun apabila dia hampir terlena benda itu datang semula dan mencucuk dibahagian pusat nya. Sekali lagi dia tersentak dan begitulah yang berlaku seterusnya. "Punggung dan badan saya dicucuk apabila hendak melelapkan mata. Setelah hampir sejam diganggu, akhirnya gangguan itu terus berhenti dan akhirnya saya tidur tanpa sebarang gangguan lagi." katanya lagi.
Menurut nya, gangguan tersebut berpunca daripada mayat yang dia uruskan pada siang harinya memang berasas. Sebabnya ialah tidak berapa lama kemudian dia mendapat berita bahawa penggali kubur itu telah sakit selama sebulan. Sejak mengebumikan mayat tersebut, hidup penggali kubur itu mula tidak tenteram kerana diekori oleh ‘mayat’ berkenaan. Apabila dia masuk saja ke pejabat, dilihatnya mayat itu berada di dalam pejabatnya. Apabila dia masuk bilik mandi, disitu juga ada mayat.
Pendeknya ke mana sahaja dia pergi, dibilik tidur, diruang tamu, dibawah pokok atau dimana sekalipun, pasti dia akan ternampak mayat itu. Akibatnya dia sakit selama sebulan dan meracau yang bukan-bukan. Selepas puas berubat, akhirnya dia sembuh seperti sedia kala.
"Mungkin ada yang mengatakan cerita saya ini karut atau sengaja direka, tapi percayalah ia memang benar-benar terjadi. Bagaimanapun alhamdulillah kejadian itu memberi iktibar yang besar kepada saya.
"Dari segi syarak, gangguan yang kami alami itu dilakukan oleh iblis menyerupai mayat untuk menakutkan kita supaya kita berhenti daripada menguruskan jenazah. Gangguan seperti ini jangan dilayan kerana menguruskan jenazah adalah ibadah. Saya yakin gangguan yang kami lalui berpunca daripada ilmu hitam yang diamalkan oleh lelaki tersebut. Menurut pendapat sesetengah orang, gangguan seperti itu berlaku kerana lelaki berkenaan membela jin dan syaitan untuk dijadikan khadam melindunginya," ujar Ustaz Am lagi.
Menurut penjelasan beliau, bagi yang menuntut ilmu kebal salah satu cara untuk membunuhnya ialah dengan membuang separuh mayatnya ke dalam sungai atau laut dan separuh lagi dibuang di darat. "Itulah syaratnya kerana kalau kedua-dua bahagian tubuh itu dibuang di darat atau kedua-duanya dibuang ke dalam air, ia akan bercantum dan mayat tersebut akan hidup semula. Itulah cerita yang saya dengar, betul atau tidak wallahuaklam," sambung Ustaz Am menamatkan ceritanya.

No comments:

Post a Comment