Wednesday 14 March 2012

SESAT DIHUTAN ULU BELAIT.

Cerita kali ini adalah pengalaman dari seorang kawan yang gemar melakukan aktiviti lasak masuk hutan sambil berburu. Faizal Amri, 29, menceritakan pengalaman nya semasa dihutan Ulu Belait. Waktu itu dia ke hutan bersama bapa dan 2 orang kawannya dan dia memberitahu yang mereka telah sesat selama 3 hari dihutan itu.
Kisahnya bermula sewaktu mereka berada disana, sewaktu mereka dalam perjalanan balik keluar dari hutan itu, mereka seperti berpusing-pusing ditempat yang sama. Walaupun sudah jauh mereka berjalan tapi mereka tetap balik ke tempat asal. Mereka telah mencuba beberapa kali tapi masih tidak menjumpai jalan keluar dan mereka sudah hampir kehabisan bekalan makanan dan mula berputus asa.
Menurut Faizal, waktu itu mereka tidak putus-putus berdoa agar mereka dapat keluar dari hutan itu kerana sudah berhari-hari mereka disitu. Mengikut perancangan, mereka akan berada dihutan itu selama 2 hari sahaja. Tetapi setelah menyedari yang mereka masih tidak pulang pada hari yang sepatutnya, keluarga mereka seperti digerakkan hati untuk mencari mereka. Akhirnya keluarga mereka pun memulakan pencarian dan meminta bantuan dari pihak berkuasa dalam usaha mencari mereka. Bermacam cara telah dibuat untuk mencari mereka namun semuanya tidak berhasil.
Menurut cerita Faizal lagi, semasa operasi mencari dilakukan, mereka ada terdangar bunyi suara orang memanggil-manggil mereka, tetapi anggota penyelamat tidak dapat mendangar suara mereka menyahut semula. Perasaan hampa mula bermain didalam fikiran mereka, kerana mereka pasti akan mati kelaparan jika tidak dapat keluar. Setelah pencarian mereka menemui jalan buntu, akhirnya keluarga mereka terpaksa meminta bantuan daripada seorang ustaz yang arif tentang hal-hal sebergini. Setelah diusahakan dan mengikut cerita ustaz itu, rupa-rupanya tempat yang mereka masuki itu adalah kawasan perkampungan bunian dan penghuni disana marah kerana kononnya tempat mereka telah diceroboh dan mengikut cerita ustaz itu lagi, penghuni-penghuni itu tidak mahu melepaskan mereka. Akhirnya setelah minta pentunjuk dari Allah dan mengadakan sembahyang hajat dan dengan izin Allah barulah mereka dapat keluar dari situ dalam keadaan selamat.
Faizal memberitahu lagi, hampir sebulan sejak peristiwa itu bapanya seperti orang trauma dan setiap kali masuknya waktu maghrib bapanya akan meracau-racau dan bercakap seorang diri. Setelah dibawa berubat barulah bapanya pulih seperti biasa. Semenjak peristiwa itu, Faizal tidak lagi pergi masuk ke hutan dan sentiasa trauma berikutan peristiwa itu.

No comments:

Post a Comment