Wednesday 29 February 2012

NAMPAK PONTIANAK BERTENGGEK.

Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 10.30 malam, Ridzuan atau lebih mesra di panggil wan bersiap sedia untuk turun ke sungai Gombak. Sebagai seorang pemuda yang minat dengan cabaran, dia kerap pergi memancing di waktu malam. Kerana menurut petua orang-orang tua ikan kerap akan memakan umpan pada waktu-waktu bergini.
Wan sudah turun ke gigi sungai, petang tadi dia sudah bersiap-siap dengan umpan yang dibeli petang tadi. Setelah umpan dibaling tak perlu menunggu lama kerana mungkin memang rezeki nya malam itu. Baru saja 5 minit, umpannya sudah pun disambar oleh penghuni dasar. Paancingnya disentap kuat “wah!! Mesti besar ikan ni,”bisik wan didalam hati. Memang dah rezeki, ikan yang mengena memang memuaskan hatinya.
Malam itu, baru 30 minit saja sudah 6 ekor ikan yang berjaya dinaikkan nya, “kalau nak di ingatkan balik malam tu memang puas hati,” kata Wan sambil tersenyum lebar.
Tapi setelah sejam selepas itu, tiada seekor ikan pun yang mengena atau yang memakan umpannya. Menurut Wan lagi, suasana waktu itu gelap-gelita tiada apa yang kelihatan. Hanya kedengaran bunyi cengkerik dan katak saja yang memecah kesunyian malam itu.
Lampu picit yang dibawanya dihidupkan dan kawasan itu menjadi terang sedikit. Masih tidak berpuas hati dengan situasi itu, sekali lagi umpannya dibaling semula kearah lubuk yang dikenal pasti.
Sambil memandang keadaan sekeliling, dia cuba memastikan mana tahu jika ada pemancing-pemancing lain yang berada disitu.
“Angin malam tu memang agak kuat, kira seram sejuk juga saya waktu tu. Mana tak nya cuma memang saya je yang ada,” ujar Wan lagi. Sekali sekala dia dikejutkan dengan bunyi-bunyi ranting pokok yang jatuh ke dalam sungai serta daun-daun pokok yang ditiup angina.
“Ah, tak ada apa-apa ni,” bisik hatinya. Namun jauh dilubuk hatinya dia cuba menenangkan perasaan takut yang menjengah di hatinya.
Setelah menunggu hampir 2 jam lebih tanpa seekor ikan pun yang berjaya dinaikkan, timbul niat dihatinya untuk pulang kerana semakin lama perasaan takut yang cuba dipendam tadi makin menjadi-jadi dan tak mampu dibendung lagi.
Akhirnya dia mengambil keputusan untuk mengemas peralatan memancingnya dan bersedia untuk pulang. Lantas dia beredar dan menuju ke motosikal nya dipakir dibawah pokok rambutan tidak jauh dari tempat dia memancing.
Dengan hati yang penuh dengan perasaan takut dan langkah yang sedikit goyah, Wan berjalan terus menuju kearah motorsikalnya.
Praappp…Praapp…
Bunyi seakan-akan ayam mengepakkan sayap, lampu picit ditangannya dihala tepat kearah motosikalnya. Tatkala cahaya menyuluh tepat, mata Wan buntang dah alangkah terkejutnya dengan apa yang telah disaksikannya.
Seorang wanita sedang bertenggek diatas motosikalnya.
Ya, bukan main-main lagi. Jelas wajah wanita itu yang kehitaman dan mengelupas seperti kesan terbakar. Kedua-dua matanya yang merah menyala memandang tepat ke arahnya. Rambutnya pula menggerbang panjang, bajunya putih lusuh memang menakutkan.
Ternyata memang tidak syak lagi, wanita yang berada didepannya itu bukan manusia kerana tak mungkin wanita itu boleh berada disitu.
Setelah seketika bertentang mata, wanita tadi terapung-apung di udara dan melayang ke atas pokok dan hilang dalam sekelip mata. Apa yang dilihatnya itu cukup menakutkan dan secara tidak langsung badan nya menggeletar dan seram sejuk.
Hampir seketika badan serta kakinya seolah-olah terpaku ke tanah. Selepas rasa gementarnya pulih,Wan terus menghidupkan enjin motosikalnya dan bergegas pulang kerumahnya.
Keesokkannya, Wan menceritakan kisah itu kepada bapanya. Kata bapanya mungkin apa yang dilihatnya itu adalah pontianak yang mendiami di kawasan itu. Memang sebelum ini ada beberapa pemancing yang pernah diganggu sewaktu memancing disitu.
Kejadian pontianak muncul di motosikalnya itu heboh seketika, namun katanya kejadian itu bukan yang pertama kali berlaku padanya. Pernah dulu wan memancing tidak jauh dari tempat dia memancing malam itu, selepas 30 minit terasa bulu romanya meremang dan kepalanya kembang kecut. Wan terasa seperti ada sesuatu yang memerhatikannya dari seberang sungai.
“Mungkin orang kot?” fakir Wan untuk menghilangkan perasaan takutnya sambil meninjau ke seberang sungai. Sebentar kemudian terlihat kelibat manusia di kawasan semak diseberang.
Selepas disuluh kearah kelibat itu, Wan terkejut melihat susuk tubuh seaakan manusia yang sedang
memerhatikannya. Tapi susuk tubuh itu kelihatan lebih besar dari kebiasaan manusia. Badannya berwarna merah, tentang rauh wajah Wan tak tahu kerana mukanya hitam pekat.
Bila Wan cuba memanggil kearah lembaga itu, lembaga itu terus ghaib. Memang tidak ada lain difikirannya melainkan….
HANTU!!!!
Wan terus bergegas pulang kerumahnya, bila diceritakan pada bapanya. Dia diberitahu memang kawasan itu berpuaka dan disitulah mungkin kediaman makhluk tersebut.
“Tapi benda tu tak ganggu orang, mungkin saja nak menjenguk kamu!” beritahu bapanya yang membuatkan Wan seram dan hampir nak demam bila memikirkannya kembali.

No comments:

Post a Comment