Hayati Hasan, 31, menceritakan kisahnya sewaktu dia belajar disalah sebuah Universiti di Kedah. Kisah ini berlaku ketika dia berada di tingkatan satu. Ketika itu dia tinggal di asrama. Waktu itu jam hampir menunjukkan 12:00 tengah malam. Tapi malam tu dia rasa sedikit gelisah. Entah apa puncanya, tak dapat dipastikan. Dia cuba pejamkan mata, tapi tetap tidak berjaya. Akhirnya, lebih setengah jam berhempas-pulas, kelopak matanya berjaya juga dirapatkan.
Tak lama kemudian, dia dikejutkan oleh suatu bunyi aneh yang agak kuat. Bunyi sebegitu tak pernah dia dengar sebelum ini dan dia cuba pastikan arah datangnya bunyi tersebut. Seketika kemudian dia tergamam dan berbantukan cahaya samar-samar dari kaki lima dorm, kelihatan satu kepala tanpa badan sedang menyikat rambut betul-betul di atas katil bersetentang dengan katilnya. Rambutnya panjang mencecah siling. Dalam separuh sedar tu, dia cuba mengejutkan rakannya yang sedang tidur di katil sebelah.
"Ina! Ina! Ina..!". Ina tersedar.
"Apa hal kejut aku tengah sedap tidur ni?" ngomel Ina sambil menggenyeh matanya. Tanpa memandang ke arahnya, dia memuncungkan mulutnya. "Tengok tu." Ina memandang ke depan, dan sesaat kemudian memandang ke arahku semula.
"Takde apa pun! Engkau mengigau la... Dahlah, tidurlah! Aku ngantuk ni." Ina tak pedulikan kata-kata nya, dan terus menarik selimutnya semula. Dia berasa takut dan makhluk itu terus menyikat rambutnya. "Semakin kuat sikatannya, semakin kuat pula bunyinya. Aku betul-betul tak tahu nak buat apa. Aku cuba nak kejutkan Ina sekali lagi, tapi kali ni mulutku seolah-olah terkunci. Aku memusingkan badan. Sambil meniarap, aku memekup telinga dengan bantal. Aku takut. Bunyi tersebut semakin kuat" ujar yati.
Selang lima minit kemudian, bunyi tersebut semakin perlahan, dan akhirnya terus lenyap. Yati masih tak berani pusingkan kepalanya, manalah tahu tiba-tiba makhluk tu dah terpacul depan nya.
"Tiba-tiba suasana sekeliling menjadi hingar. Ruang dorm yang tadinya gelap, kini terang benderang. Aku lihat ada makhluk di kanan kiri aku. Ada yang bawa baldi dan ada yang bawa tuala serta berus gigi.
"Bangun Yati oiiii! Mandi. Sembahyang subuh." Aku mengangkat bantal yang memekup telinga, dan dengan perlahan aku bangun lalu ke hujung katil sambil mataku tak berkelip memandang ke katil depan. Apa yang aku nampak? Tak ada apa, melainkan suatu lakaran di dinding yang tak pernah aku nampak sebelum ni!
Kepala takde badan tengah sikat rambut? Hmm..musykil sungguh.. benda tu pegang sikat guna apa? Macam rekaan je cerita ni.. tak pun org ni cedok cerita org then mengaku as own experience.
ReplyDelete