Cerita kali ini telah dikirimkan oleh salah seorang pembaca yang hanya mahu dikenali sebagai Erol dan berumur 31tahun.
Sebenarnya aku dah lali dengan cerita-cerita seram ni. Tapi untuk tatapan dan renungan kita semua aku gagahkan diri untuk ceritakan satu daripada beribu-ribu pengalaman ngeri untuk ruangan Atuk ini. Kisah ini berlaku kira-kira lima tahun yang lalu. Waktu itu aku ditingkatan dua dan tinggal di asrama. Aku ni terkenal dengan sifat yang tak reti takut. Memang sejak kecil lagi aku telah diajar oleh ayahku untuk tidak takut pada hantu.
Menurut ayah ku..." Hantu dan syaitan ni nak pegang kita pun tak dapat inikan pula nak cubit.." Itulah kata-kata ayahku yang membuatkan aku berani sehingga kini walaupun pada hakikatnya aku seorang perempuan yang lemah lembut. Sekolah aku terletak di sebuah kawasan yang boleh dikatakan indah dan nyaman. Lagipun di situ kawasan kampung.
Asrama yang aku duduki berada di dalam kawasan sekolah. Jadi senanglah untuk kami pelajar pelajar asrama untuk berulang alik. Kebetulan pada semester tersebut pihak sekolah aku bercadang untuk menambahkan lagi satu blok asrama untuk menampung bilangan pelajar yang kian meningkat. Jadi setelah dipersetujui, Akhirnya kerja-kerja membina pun dilakukan bersebelah dengan blok asrama puteri yang lama. Pada mulanya pembinaan itu berjalan dengan lancar sehinggalah suatu hari.......
Petang itu aku pulang daripada sekolah kira-kira jam 3 petang bersama-sama empat kawan ku yang lain. Setelah menyalin pakaian, kami bercadang untuk bermain tenis di gelangang yang berdekatan. Sewaktu kami menuruni tangga untuk ke gelangang berkenaan tiba-tiba kami terdengar suara lelaki sedang menjerit dan diikuti dengan dentuman yang kuat. Kami dapat mengesan arah bunyi tersebut. Tak silap lagi ianya datang dari arah tapak pembinaan asrama baru. Kami segera bergegas ke sana. Setibanya di situ kami terkejut besar apabila kami dapati seorang pekerja berbangsa Cina telah jatuh dari bangunan tesebut. Kawan-kawan pekerja tersebut segera mendapatkan beliau. Aku dan kawan-kawanku tergamam. Tubuh pekerja berkenaan dibasahi dengan darah, aku yakin dia telah mati memandangkan keadaan kepalanya yang bercerai dari badan. Kawanku , Mila tiba-tiba pengsan dan aku terpaku di situ.
Pada malam tersebut kami tidak dapat tidur dengan nyenyak tambahan lagi kami adalah orang pertama yang menyaksikan kejadian itu. Warden asrama menasihati kami supaya bawa bertenang. Tetapi aku benar-benar tidak dapat melupakan kejadian itu lebih-lebih lagi jika teringatkan keadaan tubuh mangsa yang amat mengerikan. Malam makin larut. Aku cuba melelapkan mataku. Tiba-tiba aku terdengar seperti ada sesuatu yang sedang menghampiriku. Aku meluaskan pandangan kesekeliling. Mataku liar mencari benda tersebut. Hidung ku mula terbau sesuatu yang hanyir. Darah! Aku tersentak. Aku mendongak ke atas.
Aku dapati darah mengalir dari kipas siling. Banyak sekali ! Aku beranikan diri untuk bangun. Mata ku tiba-tiba tertumpu ke arah kawanku Mila. Ya Allah, Aku lihat beberapa orang berjubah kuning sedang mengelilinginya. Aku beranikan diriku untuk menghampiri mereka. Kawan- kawanku yang sedorm sudah lama dibuai mimpi. Dengan keyakinan aku menegur orang-orang yang berjubah kuning berkenaan. " Siapa anda semua ?" Mereka tidak menjawab pertanyaan aku. Aku mula syak sesuatu. Aku beranikan diri lagi dengan memegang salah seorang daripada mereka. Tetapi... Tangan ku bolos. Ternyata mereka tidak menghiraukan kedatangan aku. Aku terpinga.. Mereka bangun dari katil Mila dan menuju ke tingkap yang bertentangan dengan tempat kemalangan petang tadi. Aku dapat melihat dengan jelas mereka menembusi dinding asrama dan terus melayang ke angkasa.
Tiba-tiba lamunan aku tersentak apabila dikejutkan oleh suara kawanku Lin. Rupanya bukan aku seorang yang menyaksikan peristiwa itu, Lin juga sempat menyaksikannya. Lin kelihatan begitu takut, dia menanggis. Badannya terasa panas dan menggigil. Aku cuba menenangkannya. Lin dapat juga aku tenangkan. Lega rasanya bila dia kembali seperti sediakala. Kami bercerita panjang tentang pengalaman masing-masing melihat peristiwa yang berlaku tadi. Lin menyatakan padaku yang dia ternampak ada dua orang lelaki berjubah kuning hendak memukul aku dengan kayu dari arah belakang. Tetapi mereka tidak berjaya kerana dihalang oleh seorang lagi lelaki berjubah kuning yang lain. Aku betul-betul terkejut. Aku bertanyakan Lin samaada dia nampak atau tidak lelaki berjubah kuning mengelilingi Mila. Aku semakin hairan. Bagaimana dua peristiwa boleh berlaku dalam waktu yang sama tetapi berlainan keadaan.
Cuma ketika lelaki-lelaki berjubah kuning itu melayang ke angkasa sahaja kami dapat menyaksikan peristiwa yang sama. Angin malam semakin dingin. Suasana semakin suram. Aku dan Lin masih tidak dapat tidur. Tiba-tiba.... "Aaaaaaaaaaaaaa....." Suara orang menjerit seperti diserang sesuatu kedengaran dari tingkat atas asrama. Serentak dengan itu juga kedengaran bunyi dentuman yang kuat dari arah yang sama. Aku bergegas keluar. Aku lihat penghuni penghuni yang lain juga tercengang-cengang di luar dorm. Masing-masing tertanya apakah yang berlaku. Warden juga kelihatan terpinga-pinga. Suara jeritan dan lolongan tadi semakin menjadi-jadi. Kali ini bukan lagi seorang tetapi ramai.
Warden meminta sesiapa yang berani untuk mengikutnya naik ke atas. Aku dan lima orang lagi rakan mengikut warden naik ke atas. Setibanya kami di sana kami dapati beberapa orang penghuni dorm Emas sedang merangkak di kaki lima seperti biawak. Aku mengucap panjang. Kami cuba menangkap mereka tetapi tidak berjaya kerana bilangan yang hendak ditangkap lebih banyak dari yang menangkap. Warden mengarahkan penghuni yang tidak naik ke atas untuk mendapatkan bantuan dari warden aspura.
Bantuan yang diharapkan sia-sia sahaja kerana tidak seorang pun warden aspura yang terjaga termasuklah penghuni aspura sendiri. Kami mula cemas. Bilangan penghuni yang dirasuk semakin banyak iaitu kira-kira sebelas orang dan bersamaan dengan satu dorm berkenaan. Mereka menjerit, melolong dan tak kurang pula yang mengilai. Kami terpaksa mengepung mereka. Warden mengarahkan supaya kami membaca apa sahaja ayat suci yang kami ingat sambil mengawasi mereka.
Keadaan semakin kelam kabut apabila ada yang dirasuk itu mula bertindak liar. Mereka mula berlari menuruni tangga. kami tidak dapat berbuat apa-apa lagi.Hendak ditangkap memang tidak berdaya. Kami tawakal kepada Allah. Di bawah mereka mula mengoncangkan pagar yang memagari kawasan aspuri. Warden meminta supaya kami beramai -ramai memegang mereka supaya mereka tidak merobohkan pagar untuk lari keluar. Mereka meraung raung. Di saat aku memegang salah seorang daripada mereka aku rasakan seperti tubuhku digoncang dengan begitu kuat. Aku mula membaca Ayat Kursi. Kegilaannya semakin menjadi jadi. Aku menempeleng muka budak berkenaan. Dia pengsan. Menyedari perbuatan aku itu berkesan, kami beramai-ramai menempeleng kesebelas belas penghuni berkenaan. Mereka pengsan. Seraya dengan itu azan Subuh berkumandang dengan sayupnya.
Pagi itu ramai di antara kami yang tidak ke sekolah kerana letih. Apabila di tanya kepada penghuni yang dirasuk apa yang terjadi semalam, mereka hanya menjawab mereka tidur dengan nyenyak sekali. Bila kami menceritakan apa yang berlaku semalam mereka bagaikan tidak percaya. Berita dirasuk beramai ramai sampai ke pengetahuan penghuni aspura. Mereka juga terkejut kerana tidak seorang pun yang mendengar bunyi orang menjerit. Malam itu kami mengadakan sembahyang hajat beramai ramai untuk meminta dijauhkan dari sebarang malapetaka. Pengetua juga menasihati kami supaya tidak mengingati peristiwa berkenaan. Menurutnya lagi peristiwa berkenaan hanyalah untuk menguji kesabaran kami. Aku tidak dapat merumuskan samaada peristiwa berkenaan ada kaitannya dengan kematian pekerja di tapak binaan.
..........
ReplyDeleteAda 3 kemusykilan:
ReplyDelete1) Umur pencerita skg 31, masa kejadian 5 tahun lps masa dia form 2. Sekolah asrama mana dalam Malaysia yg budak form 2nye umur 26 tahun?
2) Tak pernah dibuat dek budak asrama gi main tenis pukul 3-4 petang. Agak2 la, aku pun dok asrama gak dulu. Panas tu..
3) Sebaik sahaja sessi lempang beramai2, azan subuh pun berkumandang. Biasanya kat asrama lagi 15-20 minit sebelum subuh surau dah dekat nak penuh dek budak2 + beberapa warden. Takkan takde budak pompuan yg gi surau inform kt budak2 lelaki @ warden lelaki?
hmmmm :/
ReplyDeletejangan lupa kunjungi blog ku juga yah XDDD