Kisah yang mahu dikongsi kali ini berdasarkan pengalaman rakan penulis sendiri. Menurut rakan penulis ini, baru-baru ini dia terasa seperti didampingi oleh sesuatu yang dia sendiri tidak pasti apa sebenar yang dia rasakan.
Ali Omar, 29, yang lebih senang dikenali dengan panggilan Omar saja dikalangan rakan-rakan sebaya. Memberitahu yang semenjak kebelakangan ini, jika dia duduk bersendirian tidak kira dirumah atau dimana-mana sahaja asalkan berseorangan dia akan terasa seperti didampingi sesuatu tidak kira siang atau malam.
"Setiap kali jika aku duduk berseorangan mesti ada terasa sesuatu dan mulalah terasa seram sejuk badan ni. Pada mulanya aku fikir itu cuma perasaan saya sendiri atau cuma iusi dan mungkin kerana penat berkerja siang malam. Tapi bila perasaan itu makin kerap berlaku, aku dah tak boleh menipu diri sendiri yang memang ada yang mengikut aku" Omar menceritakan saat mula-mula dia merasa didampingi.
"Tapi waktu yang paling terasa bila aku duduk didalam bilik sebab waktu tu aku berseorangan. Lagipun aku tak berkongsi bilik dengan adik-adik yang lain. Setiap kali aku tutup mata untuk tidur waktu tu lah waktu yang paling kuat perasaan tu terasa. Macam benda tu betul-betul dekat dengan aku dan rasa macam diperhati. Bila aku bukak mata memang tiada siapa dalam bilik aku waktu itu kecuali aku sorang je" ujar Omar lagi.
Menurut nya lagi, dia memang tidak tahu apa sebenar nya perasaan yang selalu dirasakannya itu sebab kadang-kadang perasaan itu seolah-olah mengikut ke mana sahaja dia pergi. Apabila ditanya bila kali pertama dia mula terasa didampngi, dia memberitahu dia ada melalui kawasan perkuburan dan mula dari itu dia mengalami perasaan itu. Pernah juga dia pernah memikirkan mungkin roh arwah bapa nya yang datang menziarahi.
"Pernah satu ketika tu anak buah aku menangis tak berhenti-henti sambil memandang kearah aku dan salah sebuah sudut didalam rumah aku. Seolah-olah dia ada melihat sesuatu, tapi kami sekeluarga tidak pula melihat atau perasan apa-apa" ujar Omar.
Diakhir wawancara, dia memberitahu yang sampai sekarang dia masih terasa kehadiran itu dan dia berharap tidak kira apa yang mendampnginya itu tidak mendatang kan kemudaratan kepadanya.
No comments:
Post a Comment